Susu Terapi Al-Quran


Assalamualaikum pembaca semua.

Halib's adalah tambahan susu pemakanan yang dibentuk untuk menyokong keperluan nutrisi ibu dan bayi yang sedang berkembang semasa mengandung dan kemudian seluruh laktasi.Halib's dirumuskan dengan DHA dan AHA. DHA dijumpai didalam susu ibu. Halib's mengandungi pengawal perlindungan berganda, gabungan unik nutrien termasuk asid folik, besi dan kalsium untuk membantu sokongan pemakanan ibu semasa mengandung dan kemudiannya seluruh laktasi.



SUSU TERAPI AL-QURAN HALIB'S

Pada zaman dunia serba canggih dan moden masa kini, manusia mengejar kejayaan dan sibuk meningkatkan taraf hidup masing-masing demi untuk hidup bahagia. Tetapi sedarkah anda dalam kesibukan kita melakukan semua ini kadang-kadang kita lupa pada suatu hari kita akan menetap disuatu alam yang kekal selain dari dunia ini.

Kebahagian yang hakiki inilah yang perlu kita titikberatkan dari sekarang. Dengan kesibukan kita, kita tidak ada masa untuk memberi makanan yang terbaik kepada anak-anak kita. Dari dalam kandungan kita disarankan memperdengarkan bacaan ayat-ayat Al Quran dan zikrullah , begitu juga dalam keadaan masih bayi apa yang kita dengarkan kepada anak-anak kita memberi kesan yang besar dalam diri mereka begitu juga dengan pemakanan utama mereka iaitu susu. Susu yang terdapat didalam pasaran sekarang pembaca semua sedia maklum 90% pengeluaran adalah dari produk bukan Islam. 

Sedangkan kita tahu apa juga yang masuk kedalam tubuh badan anak-anak kita sedikit sebanyak akan menentukan sikap dan keperibadian anak kita. 

Maka dengan melihat ini sebagai satu faktor penting dan buat masa sekarang pula tidak ada lagi syarikat yang mengeluarkan produk Susu Terapi Al-Quran ini, saya amat berbesar hati dan teruja untuk saya mengedarkan Susu Terapi Al-Quran yang diasaskan oleh tuan guru Ustaz Hj Ahmad Tajuddin Bin Ahmad.

Pekerja keseluruhan adalah muslim dan mengetahui keseluruhan hukum-hukum thaharah ( bersuci ) dalam pembuatan susu dan mampu mengaji dan sentiasa dalam keadaan berwudhu. Pekerja juga tidak bercampur antara lelaki dan perempuan dan pekerja wanita yang datang haid tidak dibenarkan berada didalam pemprosesan susu ( hanya bahagian pembungkusan sahaja ).

Produk IMP daripada kilang ini mampu mengubah diri manusia insya Allah , ia datang dari tangan-tangan yang mengusahakannya iaitu suci rohani dan jasmani. Memadai dengan nur wudhu yang sentiasa ada pada operator, diiringi dengan Bismillah dipermulaan kerja, diiringi dengan doa-doa khusus dalam melakukan kerja dan nur tersebut melimpah terus masuk kedalam produk tersebut. 

Insyaallah kita akan terlepas dari produk-produk yang meragukan dan mengelakkan dari kemurkaan Allah swt. Seterusnya menjadikan anak-anak kita taat kepada perintah Allah dan Rasul dengan mengamalkan produk muslim Halallan Toyyiba iaitu pembersihan jiwa, perasaan, pemikiran dan budi pekerti insyaallah...

Terserah kepada kita bagaimana kita ingin membentuk sahsiah rohani anak-anak kita...wallahuallam...



APAKAH ITU IMP.

IMP ialah Islamic Manufacturing Practice.

IMP adalah satu bentuk lambang dan nama bagi menyatakan suatu kaedah pengilangan yang tunduk dan patuh kepada kehendak Allah swt.
Sejajar dengan perkembangan positif Perbankan Islam dan Takaful Islam, satu piawaian IMP ( Islamic Manufacturing Practice ) bertaraf " Halaalan Thoyyiba " telah diwujudkan sejak tahun 2005. Sebuah kilang yang bertaraf GMP telah ditubuhkan sebagai suatu model lahiriah tetapi juga dari sudut rohaniah. IMP lebih memfokus kepada pengilangan atau 'Islamic Manufacturing Practice' pada awal penubuhannya.

Pekerja :

1. Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya.
2. Mengetahui dengan bersungguh-sungguh hukum thoharah yang    berhubung dengan dirinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan-bahan mentah.
3. Mengetahui tentang air mutlak dan air mustakmal.
4. Kemampuan membaca Al Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan.
5. Sentiasa berada didalam keadaan berwudhuk.
6. Memulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus.
7. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.
8. Perempuan yang haid dipindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu kebahagian lain.


Hikmah IMP.

Manusia memerlukan makanan dan minuman, dan makanan dan minuman yang hendak dimakan itu mestilah yang halal lagi baik ini beerti produk yang mampu merubah diri manusia mestilah datang dari kesucian tangan-tangan yang mengusahakannya yang menghasilkan produk didalam kilangnya hendaklah mengikut syariat Allah swt. Ini beerti proses pengilangan itu juga harus tunduk dan patuh kepada kehendak Allah swt. 
Sebagai contohnya pekerjanya hendaklah sentiasa berada didalam wudhu supaya dengan Nur wudhu yang sentiasa ada pada operator dan diiringi dengan bismillah dipermulaan bekerja serta doa-doa yang dikhususkan, nur tersebut akan melimpah masuk kedalam produk yang akhirnya akan menghasilkan jiwa yang murni dan bertaqwa..................
Semestinya kita akan terlepas dari produk yang ragu-ragu dan terlindung dari kemurkaan Allah swt. 
Ianya akan menjadikan kita lebih taat akan perintah Allah dan Rasul.
Memakan makan Halallan Thoyyiba menghasilkan empat perkara iaitu :
Pemikiran, Perasaan, Jiwa dan Budi Pekerti.

Kesan Akibat Makanan Haram.

Persoalan makan halal dan haram perlu diambil kira sebagai tempat yang paling atas dalam pembinaan tamadun manusia.
Tentu hal ini harus terus dipupuk agar kesedaran semacam itu makin meninggi. Kerana dalam Islam, aturan kehalalan sesuatu produk makanan atau minuman bukan aturan main-main. Ia akan memberikan pengaruh bagi berkembangnya kualiti peradaban umat Islam. Bagaimana tidak, setitik makanan haram akan membentuk generasi yang sulit dimasuki pemahaman-pemahaman Islam.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
" daging yang tumbuh dari perkara yang haram tidak akan bertambah kecuali neraka patut baginya " HR Tirmidzi .


Seterusnya kita lihat lokasi dan kilang pemprosesan.











Stokis / Pengedar kawasan Negeri Sembilan:

Sila hubungi nombor tertera di bawah:

Rafidah : 019-6100942
Azizull   : 013-2990797